CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 26 March 2012

10 tips meningkatkan kelajuan laptop





boom!!!!!!!!!!!!!!alamak!!!!!lembab pulak laptop ni..assignment byk yg pending..argggghhh!!!!
ap yang saya nak wat ni????
pernah tak awak alami kejadian macam ni?ha..mesti pernah..untuk yang rajin simpan movie2 la...lagu sampai nak beribu-ribu..mesti performance laptop jdi perlahan kan?ok..macamana kita nak atasi masalah macam ni???
jom kita tengok video ni.........

 

mudah kan?????kalau guna cccleaner..tgk video bawah ni...

ha..,macama??dah try...ni ad lgi tips-tips yang boleh kita try...baca dlu bru try..=)
1) Stop service yang kita tak guna
2) Closekan auto update..tukar untuk minta permission kita dulu
3) Untuk drive dalam laptop,kalau boleh pastikan drive kita tu ad lbih dri 5gb free..(solution:simpan movie2 n lgu yang bnyk tu dlm external harddisk)
4) Tambahkan memory
5) Defrag hardisk sekali,kalau selalu guna
6) Kosongkan file di temporary
7) Install aplication yang kita betul2 nak guna
8) Tukar visual effect kat setting windows ( macam video fist tu..)
9) Setting jumlah coreprocessor (cara :start>Msconfig,pilih Tab boot>advanced option and masukkan 2,4 atau 8)
10) Kalau rasa laptop lmbat lgi,restart la laptop dulu,,,'dia' penat agaknya..=)

Saya harap tips ni dapat bantu nak lajukan laptop tu sikit....semoga anda xde masalah dengan laptop anda..wallahualam...
Photobucket

Friday 23 March 2012

teknologi canggih yang bersesuaian dengan gaya hidup terbaru..



Photobucket

Thursday 22 March 2012



Photobucket

Wednesday 21 March 2012

sEjAraH kOmPuTeR....

Sejarah penghasilan komputer boleh dikategorikan sehingga empat generasi...bagi setiap peringkat ni..banyak perubahan-perubahan yang boleh kita dapati bersesuaian dengan arus teknologi yang semakin meningkat..post kali ni,saya akan ceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah penghasilan komputer berdasarkan kepada 4 peringkat :

KOMPUTER PERINGKAT PERTAMA

  • Pada tahun 1941,Konrad Zuse,jurutera jerman telah menghasilkan sebuah komputer Z3,untuk mereka pesawat terbang dan peluru kendali.
  • Komputer pengesan kod rahsia (colossus)untuk memecah kod rahsia yang digunakan oleh jerman.
  • Howard H.Aiken,seorang jurutera Harvard yang bekerja dengan IBM,menghasilkan kalkulator elektronik untuk US Navy.



  • Komputer generasi pertama adalah penggunaan tiub vakum yang berukuran besar dan silindermagnetik untuk penyimpanan data.
  • Penghasilan komputer ini dicadangkan oleh John Presper Eckert (1919-1995) dan John W.Mauchly (1907-1980)
  • ENIAC merupakan komputer serbaguna (general purpose computer) yang bekerja 1000kali lebih cepat jika dibandingkan Mark I.
  • Pada tahun 1951,UNIVAC 1 (Universal Automatic Computer 1) yang dibuat oleh Remington Rand ,menjadi komputer komersial pertama.

KOMPUTER GENERASI KEDUA

  • Komputer genrasi kedua banyak dipengaruhi oleh penemuan transistor.
  • Transistor menggunakan tiub vakum di televisyen,radio dan komputer.Hal ini telah menyebabkan pengurangan saiz secara mendadak.
  • Transistor mula digunakan mulai tahun 1956.
  • Pengembangan komputer generasi kedua dapat menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan ,lebih kecil, dan lebih cepat berbanding dahulu.
  • Komputer generasi kedua lebih meluas digunakan dalam bidang perniagaan,pendidikan dan dalam hal pentadbiran.
  • Salah satu komputer yang penting dalam generasi kedua ialah IBM 1401 yang digunakan secara meluas dalam bidang perindustrian.
  • Terdapat beberapa kemunculan program baru dalam pemograman komputer iaitu Common Bussiness Oriented Language( COBOL )dan Formula Transistor ( FORTAN ) mulai digunakan.
  • Bahasa pemograman ini menggantikan kod mesin yang rumit dan hal ini membolehkan formula matematik lebih mudah difahami.
KOMPUTER GENERASI KETIGA

  • Walaupun transistor banyak menguasai tiub vakum,namun transistor menghasilkan tenaga dan haba yang sangat besar yang berpotensi untuk merosakkan bahagian penting di dalam komputer.
  • Jack Kilby seorang jurutera di Texas Instrument,mengembangkan sirkuit integrasi pada tahun 1958.
  • IC ( Integrated Circuit ) menggabungkan tiga komponen elektronik dalam sebuah piringan silikon kecil yang diperbuat daripada pasir kuarsa.
  • Para ilmuwan kemudiannya berjaya memasukkan lebih banyak komponen-komponen ke dalam suatu cip tunggal yang disebut semikonduktor.
  • Oleh yang demikian,komputer menjadi lebih kecil kerana komponen-komponen dapat dipadatkan dalam cip.
KOMPUTER GENERASI KEEMPAT

  • Pada tahun 1980-an,Very Large Scale Integration (VLSI) memut ribuan cip tunggal.
  • Ultra Large Scale Integration ( ULSI ) meningkatkan jumlah tersebut.
  • Pada awal 1980-an,video game seperti Atari 2600 menarik perhatian kerana lebih canggih telah dapat diprogramkan.
  • Pada tahun 1981,IBM memperkenalkan penggunaan Personal Computer (PC) untuk kegunaan di rumah dan juga di sekolah.
  • Komputer melanjutkan evolusinya menuju ukuran yang lebih kecil.
  • Dari komputer yang berada di atas meja (desktop computer) menjadi komputer yang dapat dimasukkan ke dalam tas ( laptop ) atau bahkan komputer yang dapat digenggam (palmtop)
KOMPUTER PADA MASA KINI

  • Komputer pada masa kini lebih mudah dikendalikan.
  • Mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana faktor saiz yang lebih kecil.
Ha....macam tu la sebenarnya cite pasal sejarah komputer ni..mesti tengah terbayang kan dekat rumah kita dulu semua pakai komputer..alih2 sekarang siap ada yang bertouch-touch screen ni..yang besar-besar dah tak pakai lagi..cuba bayangkan..pada masa akan datang nanti,komputer akan jadi makin besar balik ataupun makin kecil...????kalau nk tgk gmbar2 komputer tu..bleh bkak link ni..sejarah perkembangan komputer



Photobucket

Friday 16 March 2012

apekah???

ape ni?ni la KOMPUTER...nama dengar macam gah je tapi apa sebenarnya komputer ni???pernah tak rasa tertanya-tanya?menurut pencarian saya kat google..komputer ni adalah suatu alat peranti atau peralatan yang boleh melakukan operasi logikal dengan kelajuan yang lebih tinggi daripada manusia..wow!!boleh lari ka??^-^..haha..ni maksudnya kmputer ni boleh melakukan tugasan dengan pantas a.k.a memudahkan manusia.Dengan adanya komputer,bolehla siapkan assignment cepat2..jangan lewat!!Komputer ni versi besar..yang kecil kita panggil laptop..mudah je nak bawak ke mana2..tapi tak bermaksud boleh on9 dalam kelas...^-^.
Sistem komputer ni terdiri daripada perkakasan (hardware) dan perisian (software).

PERKAKASAN
  • PERANTI INPUT (menerima input dari pengguna)
  • UNIT PEMPROSESEN PUSAT A.K.A CPU (melaksanakan arahan,pengiraan,perbandingan dan perpindahan data)
  • STORAN UTAMA / INGATAN UTAMA (tempat simpanan sementara untuk data/aturcara)
  • PERANTI OUTPUT (tempat output dihasilkan)
  • PERANTI STORAN TAMBAHAN (tempat simpanan kekal untuk data/aturcara)
PERISIAN

  • ATURCARA (satu set arahan yang mengawal pemprosesan data dalam komputer)
  • PERISIAN ( aturcara yang dilarikan pada komputer)
  • KATEGORI PERISIAN ( perisian sistem dan perisian aplikasi)


Photobucket

Thursday 15 March 2012

-mUqAdDiMaH-


assalamualaikum semua!ni first entry,so...sebagai muqaddimah,kita mulakan dengan sesi taaruf mengenai blog ni.untuk pengetahuan semua,blog ni adalah salah satu assignment yang telah diberikan dalam subjek telekomunikasi dan rangkaian.walaupun tak pernah terfikir pun nak ada blog sendiri,tapi assignment ni sedikit sebanyak dapat tolong saya untuk berkongsi kongsi ilmu yang saya ketahui dalam bidang IT ni..saya harap blog ni akan dipenuhi dengan info2 yang berguna..wallahualam...