CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 17 May 2012

bluetooth / blue tooth...?!!

hai semua!!!entry kali ni saya ingin bincangkan mengenai bluetooth..mungkin ramai antara kita yang tahu apa sebenarnya fungsi bluetooth ini..pasti ramai yang tahu kan sebab fungsi ini boleh didapati dalam telefon bimbit  (tapi yang ada colour screen je la...hehe)..dan juga laptop.Penggunaan bluetooth ini dapat memudahkan penghantaran fail kepada rakan yang lain pada jaraj yang telah ditetapkan...saya akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai apa yang saya ketahui...teruskan membaca dan tambahkan ilmu anda..=)

apa itu bluetooth?

sejarah bluetooth

Nama 'Bluetooth' sendiri bermula dari sebuah projek yang dipromotori oleh syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang bergerak di bidang telekomunikasi dan komputer, di antaranya Ericsson, IBM, Intel, Nokia, dan Toshiba. Projek ini bermula tahun 1998 dengan kod nama bluetooth, kerana terinspirasi oleh seorang raja Viking (Denmark) yang bernama Harald Blatand. Raja Harald Blatand ini berkuasa pada abad ke-10 dengan menguasai sebahagian besar daerah Denmark dan daerah Scandinavia pada masa itu.

Kita teruskan lagi, pada bulan Mei 1998, 5 syarikat promoter iaitu Ericsson, IBM, Intel, Nokia dan Toshiba membentuk sebuah Special Interest Group (SIG) dan memulakan untuk membuat spesifikasi yang mereka namakan 'bluetooth'. Pada bulan Julai 1999 dokumen spesifikasi bluetooth versi 1.0 mulai dilancarkan. Pada bulan Disember 1999 bermula lagi pembuatan dokumen spesifikasi bluetooth versi 2.0 dengan tambahan 4 promoter baru iaitu 3Com, Lucent Technologies, Microsoft dan Motorola. Saat ini, lebih dari 1800 syarikat di pelbagai bidang antara lain di bidang semiconductor manufacture, PC manufacture, mobile network carrier, syarikat-syarikat automobile dan air lines bergambung dalam sebuah konsortium sebagai adopter teknologi bluetooth. Syarikat-syarikat terkemuka tersebut antara lain seperti Compaq, Xircom, Phillips, Texas instruments, Sony, BMW, Puma, NEC, Casio, Boeing, dsb.

Bluetooth menawarkan cara yang selesa bagi pengguna pelbagai jenis peranti elektronik untuk berkomunikasi. Sama halnya teknologi IrDA (inframerah), mana-mana-mana-mana Bluetooth tidak memerlukan kabel untuk pertukaran data.Bezanya, isyarat radio Bluetooth dapat menembusi dinding, inftramerah tidak.Selain itu mana-mana Bluetooth boleh menjangkau jarak sampai radius 10 meter.Meskipun selesa dan sudah mula popular, sebahagian di antara kita mungkin masih belum memanfaatkan sepenuhnya teknologi wayarles ini.

Bahkan, ada yang belum menggunakannya sama sekali. Bluetooth mempunyai banyak profil yang membolehkan untuk dimanfaatkan ke dalam pelbagai aplikasi.Bukan sekadar sarana komunikasi antara telefon Bluetooth mahupun penggunaan aksesoris wayarles. Teknologi Bluetooth merangkumi banyak jenis komunikasi yang baru boleh ditemui bila kita menjumpai pirantinya. Badan yang menstandardkan teknologi Bluetooth menamakan jenis komunikasi ini sebagai profil (profile). Masing-masing mana-mana menyokong profil yang berbeza-beza.

Senarai profil yang disokong mana-mana anda boleh diperiksa sendiri. Salah satu jenis komunikasi Bluetooth yang cukup lazim misalnya memindahkan fail antarpiranti. Jenis peranti yang terlibat boleh pelbagai, mulai dari telefon sampai komputer desktop. Agar satu gambar dalam mana-mana Bluetooth boleh dipindahkan ke mana-mana lain, kedua-duanya harus menyokong profil File Transfer (FTP). Profil File Transfer ini sangat berguna dalam banyak kesempatan. Misalnya anda ingin bertukar gambar hasil jepretan telefon kamera dengan rakan-rakan atau ingin menyimpannya di dalam komputer. Namun, tidak semua peranti Bluetooth menyokong FTP, misalnya alat dengar Bluetooth.Aksesoris ini hanya menuntut profil Audio Gateway / Headset profile. Profil ini tidak hanya terdapat pada alat dengar dan telefon, tetapi juga pada PDA dan komputer. Kerana itu, kalau selama ini anda hanya memakai alat dengar pada telefon, cubalah menggunakannya dengan PDA atau komputer. Ini boleh jadi alternatif lain buat headphone atau speaker.


Dengan menggunakan Bluetooth, kita juga boleh bertukar entri buku telefon dan penyegerakan antarpiranti (biasanya antara poranti mudah alih dengan komputer desktop). Kedua-dua fungsi Personal Information Manager (PIM) ini disokong oleh beberapa profil, iaitu Object Push Profile dan OBEX (Object Exchange) Profile. Fungsi ini terdapat baik pada telefon, PDA mahupun komputer. Komputer yang dilengkapi dengan Bluetooth (bersepadu mahupun dengan dongle) serta PDA dapat memanfaatkan telefon Bluetooth sebagai modem.

Bagi pembaca yang lebih suka memisahkan fungsi PDA dengan telefon (jadi tidak menggunakan PDA phone atau smartphone), kemampuan ini jelas sangat penting. Sebaliknya juga boleh dilakukan. PDA / smartphone Bluetooth boleh berkongsi sambungan rangkaian komputer tempatan (LAN) dengan komputer.

kebaikan bluetooth

- dapat menembusi sebarang halangan sekitar 10 meter
- tidak memerlukan kabel
-dapat mneghantar file dari telefon ke telefon,telefon ke laptop,laptop ke telefon dan laptop ke laptop
-dapat digunakan sebagai perantara modem

keburukan bluetooth

-menggunakan frekuensi gelombang yang sama dengan lan
-sekiranya terdapat banyak penguna yang mengaktifkan bluetooth ,akan berlaku kesukaran untuk mencari penerima yang sebenarnya
-berlakunya penyebaran virus

lihatla apa yang terjadi apabila semua menggunakan bluetooth...lawak..hahaha


Photobucket

Wednesday 16 May 2012

cara mencari dan menghapuskan spyware

Photobucket

spyware???

 
apa itu spyware???

Spyware adalah penyebab kepada kerosakkan komputer, komputer jadi slow, internet slow dan juga pencuri maklumat atau data.. Spyware paling bahaya ialah mencuri data.. Ada beberapa jenis-jenis spyware yang anda patut kenali, dan semua jenis-jenis ini membawa kepada satu tujuan yang sama iaitu menyusahkan diri kita..

jenis-jenis spyware....  

1. Adware

 Ia adalah program yang berada di dalam komputer anda, ia hanya menunggu masa untuk anda melayari internet. Selalunya ia terletak pada internet cookies.. Adware akan bertindak menghantar popup, popover dan poppunder ads apabila ia mengesan anda berhubung pada internet.. Adware digunakan untuk pengiklanan sesetengah syarikat.. Ia akan masuk ke dalam komputer anda melalui perisian percuma yang tidak boleh dipercayai, di mana perisian itu diperlukan untuk memasuki sesebuah laman web tersebut.. 

2. Keyloggers

Ia juga dikenali sebagai keybord logger.. Ia dicipta untuk mencuri.. Keylogger ini akan merekod keystrokes, mengambil kata laluan anda, nombor akaun bank atau maklumat-maklumat peribadi anda.. Tugasnya senang jer, Apabila anda log in dalam online banking, ia akan rekod no pin anda.. Atau apabila anda membuka email anda, ia akan rekod kata laluan anda.. Ia akan rekod segala2nya samada anda online atau offline, dan semua maklumat akan dihantar kepada pencuri ni tanpa pengetahuan dan keizinan anda..

3. Browser Hijack

Yang ni pulak, ia menginstall dirinya sendiri kedalam komputer anda.. Ia akan menukar default homepage dalam pelayar web anda dan disable kan untuk setting itu.. Setiap kali anda membuka pelayar web anda, ia akan membawa anda ke laman web yang telah diset pada default homepage tadi.. Motifnya untuk mempromosikan laman web itu atau pengiklanan.

4. Modem Hijacker

Modem Hijackers merujuk kepada kepada pemanggil.. Program ini selalunya datang melalui perisian p2p, mp3 percuma atau laman web porno.. Pemanggil ini akan mendapatkan maklumat line telepon anda melalui modem.. Ia akan menggunakan line telepon anda untuk membuat panggilan tanpa izin.. Selalunya ia digunakan untuk chatting porno.. Tanpa disedari bil telepon anda melambung tinggi..


cara-cara mencegah spyware...

Berikut ini tips yang boleh dilakukan untuk mencegah spyware:

1. Hati-hati dalam melakukan browsing ke laman-laman web yang 'tidak jelas' di Internet. Biasanya terutama laman-laman underground, laman-laman hacking dan laman-laman crack.

2. Khusus untuk program freeware atau gratisan, sebelum digunakan, lihat maklumat di bahagian ulasan pengguna, apakah ada yang komplain mengenai spyware di dalamnya. Kerana umumnya spyware ada di program yang freeware.

3. Usahakan tidak menggunakan program-program seperti P2P sharing dan Download Accelerator contohnya Kazaa, download plus dan sebagainya.

4. Lakukan Windows update secara rutin. Spyware selama ini memang menyasarkan windows sebagai platform utama sebagai sasarannya. Terbukti banyak sekali BHO - browser helper object yang dibuat untuk running atau attach ke MSIE (Microsoft Internet Explorer). Walaupun tidak menjamin bahawa IE nya akan kebal terhadap spyware tapi sekurang-kurangnya mengurangkan lubang-lubang security yang boleh digunakan sebagai pintu masuk bagi spyware.

5. Pada saat download program di Internet, kalau boleh baca dulu EULA nya (End-User License Agreement) kerana biasanya di dalam klausalnya sengaja dibuat serumit dan sepanjang mungkin yang mungkin didalamnya ada klausal untuk pemasangan spyware. Ada program yang EULA sebanyak 131 halaman, siapa yang mahu baca? tapi itu memang sengaja dibuat seperti itu sehingga apabila terjadi tuntutan undang-undang di kemudian hari mereka punya bukti.

6. Install anti-spyware, seperti ad aware. Tapi kadang spyware terbaru tidak dikesan, makanya harus sering di update. Jika cara ini belum memuaskan, cuba dengan tools ini, yang pertama CWShredder dilanjutkan dengan HijackThis. Boleh di download di laman web ini http://www.spywareinfo.com/ ~ merijn / downloads.html. Ada beberapa tools lain disana, mungkin boleh kamu cuba juga.

7. Dalam menggunakan HijackThis harus diperhatikan betul-betul sebelum menghapuskan apa-apa yang dikesan, Untuk mengelakkan Spyware tidak balik lagi, rajin-rajinlah mengupadate database anti-virus dan anti-spyware dari OS yg anda gunakan, dan kemudian berhati-hati ketika browsing, Hati- hati ketika meggunakan software percuma (contoh: kazaa), Pasang anti virus dan update terus. Atau beralih ke OS lain?

8. Apabila saat browsing, keluar pop-up window, jangan klik ke windows tersebut tapi langsung tutup windows tersebut.
Walaupun tips di atas tidak boleh menjamin 100% bebas dari spyware, namun sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan ancaman dari spyware tersebut
 Photobucket

INTERNET TANPA WAYAR

Pernahkah anda keliru dengan pelbagai istilah teknologi rangkaian masa kini terutama teknologi tanpa wayar atau bergerak? Baru sahaja kita mengenali teknologi 3G untuk rangkaian telefon bimbit berkelajuan tinggi dan WiFi, kini timbul pula istilah baru, WiMax.


Teknologi wayarles sememangnya mendapat perhatian di seluruh dunia dan di negara kita, ia dijangka boleh menjadi jawapan kepada masalah akses jalur lebar yang sangat rendah. Untuk menghubungkan manusia dan mesin, selain 3G yang merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit, terdapat juga WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11. WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G.

Bagaimanapun, apa yang hangat diperbincangkan pada masa ini ialah teknologi jalur lebar wayarles yang dikatakan mampu meningkatkan kadar penembusan pengguna jalur lebar di negara ini.Malaysia sememangnya agak ketinggalan dari segi bilangan pengguna jalur lebar berbanding negara-negara di rantau ini yang sedang membangun dengan pesat dalam teknologi itu.

Menurut IDC Malaysia, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia hanya mencecah angka 2 peratus sahaja pada 2003, berbanding Singapura 30 peratus, Taiwan 40 peratus dan Korea Selatan lebih 60 peratus. Masalah akses jalur lebar di negara kita sememangnya serius. Sehubungan itu, baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Negara bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara pada tahap antara 5 dan 10 peratus dari 2006 hingga 2008 atau mencapai 2.8 juta pengguna.
Memandangkan pelaksanaan jalur lebar menggunakan teknologi ADSL yang menggunakan kabel memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk boleh dilaksanakan secara menyeluruh, maka teknologi wayarles sebenarnya boleh menjadi alternatif masa kini.

3G
Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).
3g.jpg
3G merupakan kesinambungan teknologi telefon bimbit bermula dari GSM dipertingkatkan kepada GPRS, EDGE dan seterusnya 3G (WCDMA). Bagaimanapun, ia adalah satu platform dengan teknologi baru berbanding GSM sedia ada.
Memandangkan pelaksanaannya juga agak perlahan di negara ini dan terhad, maka 3G juga suatu yang belum pasti mampu menyelesaikan masalah jurang digital jalur lebar di negara ini.

WiFi
Sehubungan itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity) mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.
wifi.jpg
Teknologi WiFi atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter. Manakala, WLAN berasaskan 802.11a mempunyai kelajuan 54Mbps tetapi liputan lebih dekat berbanding 802.11b). Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk berasaskan 802.11g (menggabungkan kedua-dua fungsi 802.11b dan 802.11a). Kepentingan dan populariti WiFi tidak dapat dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-kira 480 hotspot (pusat akses WiFi untuk orang ramai) pada 2006 dan terus meningkat di seluruh negara.

WiMax
Bagi WiMax pula, ia mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan teknologi masa depan. Ia bagaimanapun tidak akan mencabar 3G atau WiFi secara langsung kerana mereka dibangunkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.
wimax.jpg
WiMAX sebenarnya teknologi wayarles untuk sambungan akhir (last mile) yang berada dalam kategori Rangkaian Kawasan Metro (WAN) kerana mempunyai kemampuannya menghubungi sehingga jarak 50 kilometer, berbanding WiFi (sehingga 90 meter). Sudah tentu dengan gandingan 3G yang merupakan teknologi telefon bimbit dengan kemampuan rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN), WiFi dan WiMax akan mampu memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara.

RANGKAIAN WAYARLES
* WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth (802.15.1) dengan kelajuan 110 - 480 Mbps.
* WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan 15 - 54 Mbps.
* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 75 Mbps
* 3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.
Photobucket