CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 16 May 2012

spyware???

 
apa itu spyware???

Spyware adalah penyebab kepada kerosakkan komputer, komputer jadi slow, internet slow dan juga pencuri maklumat atau data.. Spyware paling bahaya ialah mencuri data.. Ada beberapa jenis-jenis spyware yang anda patut kenali, dan semua jenis-jenis ini membawa kepada satu tujuan yang sama iaitu menyusahkan diri kita..

jenis-jenis spyware....  

1. Adware

 Ia adalah program yang berada di dalam komputer anda, ia hanya menunggu masa untuk anda melayari internet. Selalunya ia terletak pada internet cookies.. Adware akan bertindak menghantar popup, popover dan poppunder ads apabila ia mengesan anda berhubung pada internet.. Adware digunakan untuk pengiklanan sesetengah syarikat.. Ia akan masuk ke dalam komputer anda melalui perisian percuma yang tidak boleh dipercayai, di mana perisian itu diperlukan untuk memasuki sesebuah laman web tersebut.. 

2. Keyloggers

Ia juga dikenali sebagai keybord logger.. Ia dicipta untuk mencuri.. Keylogger ini akan merekod keystrokes, mengambil kata laluan anda, nombor akaun bank atau maklumat-maklumat peribadi anda.. Tugasnya senang jer, Apabila anda log in dalam online banking, ia akan rekod no pin anda.. Atau apabila anda membuka email anda, ia akan rekod kata laluan anda.. Ia akan rekod segala2nya samada anda online atau offline, dan semua maklumat akan dihantar kepada pencuri ni tanpa pengetahuan dan keizinan anda..

3. Browser Hijack

Yang ni pulak, ia menginstall dirinya sendiri kedalam komputer anda.. Ia akan menukar default homepage dalam pelayar web anda dan disable kan untuk setting itu.. Setiap kali anda membuka pelayar web anda, ia akan membawa anda ke laman web yang telah diset pada default homepage tadi.. Motifnya untuk mempromosikan laman web itu atau pengiklanan.

4. Modem Hijacker

Modem Hijackers merujuk kepada kepada pemanggil.. Program ini selalunya datang melalui perisian p2p, mp3 percuma atau laman web porno.. Pemanggil ini akan mendapatkan maklumat line telepon anda melalui modem.. Ia akan menggunakan line telepon anda untuk membuat panggilan tanpa izin.. Selalunya ia digunakan untuk chatting porno.. Tanpa disedari bil telepon anda melambung tinggi..


cara-cara mencegah spyware...

Berikut ini tips yang boleh dilakukan untuk mencegah spyware:

1. Hati-hati dalam melakukan browsing ke laman-laman web yang 'tidak jelas' di Internet. Biasanya terutama laman-laman underground, laman-laman hacking dan laman-laman crack.

2. Khusus untuk program freeware atau gratisan, sebelum digunakan, lihat maklumat di bahagian ulasan pengguna, apakah ada yang komplain mengenai spyware di dalamnya. Kerana umumnya spyware ada di program yang freeware.

3. Usahakan tidak menggunakan program-program seperti P2P sharing dan Download Accelerator contohnya Kazaa, download plus dan sebagainya.

4. Lakukan Windows update secara rutin. Spyware selama ini memang menyasarkan windows sebagai platform utama sebagai sasarannya. Terbukti banyak sekali BHO - browser helper object yang dibuat untuk running atau attach ke MSIE (Microsoft Internet Explorer). Walaupun tidak menjamin bahawa IE nya akan kebal terhadap spyware tapi sekurang-kurangnya mengurangkan lubang-lubang security yang boleh digunakan sebagai pintu masuk bagi spyware.

5. Pada saat download program di Internet, kalau boleh baca dulu EULA nya (End-User License Agreement) kerana biasanya di dalam klausalnya sengaja dibuat serumit dan sepanjang mungkin yang mungkin didalamnya ada klausal untuk pemasangan spyware. Ada program yang EULA sebanyak 131 halaman, siapa yang mahu baca? tapi itu memang sengaja dibuat seperti itu sehingga apabila terjadi tuntutan undang-undang di kemudian hari mereka punya bukti.

6. Install anti-spyware, seperti ad aware. Tapi kadang spyware terbaru tidak dikesan, makanya harus sering di update. Jika cara ini belum memuaskan, cuba dengan tools ini, yang pertama CWShredder dilanjutkan dengan HijackThis. Boleh di download di laman web ini http://www.spywareinfo.com/ ~ merijn / downloads.html. Ada beberapa tools lain disana, mungkin boleh kamu cuba juga.

7. Dalam menggunakan HijackThis harus diperhatikan betul-betul sebelum menghapuskan apa-apa yang dikesan, Untuk mengelakkan Spyware tidak balik lagi, rajin-rajinlah mengupadate database anti-virus dan anti-spyware dari OS yg anda gunakan, dan kemudian berhati-hati ketika browsing, Hati- hati ketika meggunakan software percuma (contoh: kazaa), Pasang anti virus dan update terus. Atau beralih ke OS lain?

8. Apabila saat browsing, keluar pop-up window, jangan klik ke windows tersebut tapi langsung tutup windows tersebut.
Walaupun tips di atas tidak boleh menjamin 100% bebas dari spyware, namun sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan ancaman dari spyware tersebut
 Photobucket

0 comments: